CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Showing posts with label ziarah. Show all posts
Showing posts with label ziarah. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

~umrah syawal-ziarah mekah~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..kali ni ke mekah berkesempatan berziarah tempat2 sejarah dan tempat utk melakukan ibadah haji nanti...charted teksi SR100 dari hotel kami Al Safwa..bagi kami mmg berbaloi,sbb kalau nak drive sendiri mmg risau tak sampai jek..heheh..antara yg berkesempatan dilawati adalah Jabal Nur..kat dalam tu ada gua Hira' yg berlokasi di timur laut masjidilharam di jalan Thaif..tingginya 280m dari sekitarnya dan puncaknya menyerupai bonggol unta.luasnya mencapai 5km persegi.dahulunya Rasulullah sebelum turunnya wahyu biasa mendatangi gua hira' utk beriktikaf dan beribadah..dan turunnya wahyu pertama pun di sini..Tapi kami tak dapat nak masuk dalam pun..dapat tengok dari luar je..jauh pulak tu...:(

jabal Nur yg ada Gua Hira' di dalamnya..

Lepas tu bergerak ke tempat2 utk melakukan ibadah haji nanti..otw tu lalu kawasan perkuburan yg dikenali sbg Ma'la..iaitu sebuah pusat pemakaman bagi penduduk mekah sejak zaman nabi lagi..terletak di daerah Hajon utara masjidilharam,berjarak 700m darinya..luasnya mencapai 100,000m persegi..antar yg dimakamkan di sini adalah Siti Khadijah,Abdullah Bin Zubair dan ibunya..dll..selain Ma'la ni pemakaman lain yg terkenal adalah Adl dan Syara-i


Ma'la-sebuah pusat pemakaman penduduk mekah

Tempat pertama utk ibadah haji yg kami lawati adalah Jamarat..iaitu nama utk tempat berkumpulnya batu yg digunakan untuk melempar..asal disyariatkan melempar jamarat adalah kembali nabi Ibrahim ketika dia mendatangi tempat2 utk berhaji,syaitan menghadangnya di Jamratul Aqabah,maka nabi Ibrahim melemparinya dengan 7 kerikil hingga dia masuk ke dalam tanah..kemudian syaitan menghadangnya kembali di jamrah kedua maka dilepmarnya lagi dengan 7 kerikil seterusnya dihalangi lagi di jamrah ke3 dan dilempari lagi 7 kerikil oleh nabi Ibrahim sehingga syaitan tadi masuk kedalam tanah..dan sebab itu jemaah haji di wajibkan utk melakukan jamrah dalam ibadah haji..dulunya kawasan jamrah ni sempit tetapi sekarang dah di luaskan dengan projek pembangunan 2 terowong di bawah dan empat lantai,dilengkapi dengan emergency tower yg ada balai2 perubatan dan pusat2 penyelamat..ditambah dengan beberapa helipad.setiap lantai mampu menampung 125ribu jemaah haji dalam satu2 masa..maka dalam satu2 masa seramai 500ribu jemaah haji boleh melakukan ibadah jamrah serentak..

Jamarat

Lepas tu kami melalui kawasan khemah yg banyak..Al Muna @ Mina..terletak ke arah timur masjidilharam dengan jarak 4km..luasnya lebih kurang 6.35km persegi.Para jemaah haji akan bermabit (bermalam) di sana pada malam kesembilan Zulhijjah sebelum bergerak ke arafah..

Mina

lepas tu melalui tanah datar dan lapang yg dikelilingi oleh bukit2 bentuk busur yg dikenali sebagai arafah..berjarak 18km dari masjidilharam.Para jemaah haji berwuquf di tempat ini pada 9zulhijjah dan melaksanakan solat zuhur dan asar jama' Qasar..kemudian berdoa kepada Allah sehingga tenggelamnya matahari dan kemudian bergerak ke Muzdalifah..

Arafah utk ber wuquf haji

Muzdalifah pulak tempat diperintahkan jemaah haji untuk berhenti dan bermalam selepas bertolak dari arafah..sekarang ni ada train dari arafah tu..nampak besar dan canggih..rasa musim haji ni dah boleh guna..cepatlah sikit sampai kot berbanding berjalan kaki..:D

Muzdalifah

dalam perjalanan nak ke jabal Rahmah..nampak tembok yg ada disebaliknya mata air tawar yg telah dibangunkan oleh Zubaidah isteri khalifah Harun Ar Rasyid pada tahun 174H/791m..air mata ini bersumber dari lembah Nu'man dengan jarak 36km dari masjidilharam,di jalan Thaif kemudian melewati Arafat,Muzdalifah dan Mina.kemudian turun ke mekah..

tembok di bawahnya ada mata air Zubaidah..

Dan tempat terakhir yg sempat kami lawati adalah Jabal rahmah..iaitu bukit kecil di bahagian timur Arafah..tingginya mencapai 65meter berjarak 1.5km dari masjid Namirah dan dibawah kaki gunung ada bebatuan besar..kat sini yg best ada unta yg berhias cantik..anak2 mama mmg suke banget ngan unta ni,lagi2 si ayep..tapi suh naik takmo pulak..kakak je yg berani naik..pusing2 sekitar kawasan lapang depan tu kene SR5..ok jelah..

jabal Rahmah

kakak je yg berani naik unta kat sini..:))

Friday, September 2, 2011

~Suasana raya~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua...walau berada jauh dr kemeriahan raya di kg..tapi kami yg ter'tinggal' di sini tetap nak meriahkan raya..sori la mama hanya tolong meriahkan rumah org je..rumah kami mcm tak sedia nak terima tetamu..maklumlah..'rumah bujang' jek..:((..tahun ni KRMJ tak anjurkan majlis ape2 pagi raya ni sbb ramai yg balik beraya di mesia..selain yg beraya ke mekah n madinah..jadi yg masih di sini..pandai2lah meriahkan raya sendiri...heheh..

Pagi tu pas papa balik keje..makan2 sikit juadah yg mama masak..pastu papa tido sekejap.dalam kul 9am bile dah recover sikit ngantuk papa tu..kami pun kuar beraya...rumah 1st yg kami terjah umah jiran lama a.k.a kawan baik papa uncle haniff n cik ida...

ceria nak kuar beraya...

Kat umah cik ida kami dijamu dengan makaroni ngan kuah ayam,popiah goreng,kek cokelat dan kek kalerpul,puding kuah dan kuih2 raya..kenyang sgt2..anak2 pun hepi dapat jumpa geng..si akhil tu..si akhil tunjuk dolphin show..apalagi..dok menagih la budak2 ni nak g tengok gak...Insyaallah one sweet day ye anak2..tapi taktau la bile...:))
menjamu selera..

abg akhil tunjuk dolphin show kat ain n ayep

mama n cik ida yg amat2 friendly..best sgt2..

best friend...

Lepas dah borak sakan dan salam2 kami bergerak pulak kat umah uncle hairi n auntie latifah..area umah kami gak...awalnye mama dapat msg dr auntie pah kata ajak beraya ke rumah..mama cam confuse gak..sbb mama baru 1st time jumpa mase makan2 umah kak normah aritu...bile mama tya papa,rupa uncle tu rakan serumah papa mase mula2 sampai cni..oh patutlah auntie pah beria mengajak..yelah kalau setakat kenal2 biasa..rase takde bersungguh camtu..tapi kat cni kami bukan ramai mane kan..mmg akrab sesama kami...

Kat umah uncle hairi makan nasi tomato dan set nasi himpit n rendang..sedap sgt2..seronok sgt jumpa auntie latifah ni..peramah..dan byk ilmu n pengalaman..byk gak yg dia kongsikan dgn mama..dan auntie pah nak back for good next year sbb anaknya nak amik SPM..Insyaallah boleh la mama jumpa kat KL nanti..heheh..

kami bersama auntie latifah..

ayep dapat duit raya dr uncle hairi..

Rumah last utk raya 1st ni..umah cik liyn yg berkongsi masak ngan cik zima..huh mcm2 menu yg disediakan..dah la kami ni 'perasmi meja'...spesel panas2 dr dapur punye..menu yg paling besh..satay cik zima la..suke betul 3 kanak2 ribena tu makan..selain tu ade nasi minyak,lontong..kuih2 raya pun ade...

penuh meja ngan menu2 sedap..

ayep ngendeng abang Soleh main games..:)

bersama tuan2 tanah yg baik hati...

Memandangkan dah zuhur..dan malam ni papa keje lagi..so,aktiviti jalan2 raya tamatlah sudah..papa kene balik nak sambung tido...tapi syukurlah..ade gak rase suasana raya walau kami jauh di tanah gersang ni..:))

Sunday, July 24, 2011

Madinah~payung sekitar masjid


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..kali ni mama nak kongsikan gamba payung merangkap bumbung di sekeliling masjid nabawi ni..mama pun tak pasti nama payung ni..bentuk mcm payung kire boleh je la panggil payung..nak cite sejarahnya mama tak tahu...search kat tenet pun tak jupe..so kat cni mama share kan gamba..bile payung ni terbuka-waktu tengahari...mase nak tertutup/terbuka...dan bile payung ni tertutup-waktu malam...

payung terbuka waktu tengahari

payung nak terbuka/tertutup

payung dah tertutup-waktu malam..

Saturday, July 23, 2011

Madinah~suasana tengahari


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..kami b5 berangkat ke masjid nabawi untuk solat zuhur lebih kurang pukul 10pagi..tujuan pergi awal sebab nak lunch sekali...awal pagi lepas balik solat subuh sempat beli sandwich untuk bekpes..tapi anak2 tak makan mana pun..tu yg kene gak carik nasi tengahari ni,sbb lepas zuhur nak berangkat balik pulak..takmo la baru nak makan..kelam kabut pulak..

berjalan kaki menuju ke masjid nabawi

memula tu,secara kondifennye papa tunjuklah jalan arah ke kedai yg dibayangkan tu..rupa2 nye kedai tu tak seperti yg papa bayangkan..so,kami terpaksalah berjalan jauh..last2 papa suh mama n anak2 tunggu je dalam perkarangan masjid n die pegi sendiri...

tunggu papa beli nasi..tengok muka masing2 merah padam kepanasan

Dekat setengah jam gak la menunggu,akhirnye papa datang menghampiri kami dengan bungkusan makanan..alamak nak makan kat mane pulak ni??..takpe,kite duduk je kat mane2..janji dekat ngan tempat air zamzam..senang nak amik air utk minum n basuh tangan..kami pun open table tepi penghadang batu utk tempat solat pompuan...anak2 makan dengan berselera..nasi khabsa dengan laham bakar,kari ayam siap ade roti arab...Alhamdulillah,ade rezeki lunch kami...bile dah kenyang..mama pun bawak anak2 masuk ke masjid utk bersedia solat zuhur..

lunch kami di masjid nabawi...

Kali ni,mama dapat solat kat ruangan antara dalam masjid dan luar masjid..kat situ masih rase aircond..maknanye sejukkk la..anak2 pun ade tempat landing,kat tangga yg mama pun tak tahu nak naik kemana...dapatlah mama solat dengan tenang bile anak2 tak mengacau..siap solat terus siap2 balik hotel sbb nak check out pukul 2.00ptg...maka berakhirnye ziarah kami di madinah ni...moga ade rezeki utk kami sampai cni lagi..Insyaallah..

sekitar masjid nabawi di siang hari

Madinah~Suasana subuh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..Alhamdulillah mama n papa dapat menunaikan solat subuh berjemaah dalam masjid nabawi..pagi tu kami pergi b3 je..kakak n ain tinggal kat hotel..awal2 lagi mama mmg dah yg mama akan tinggal derang kat hotel sementara mama n papa g masjid..dan kali ni mama dapat solat dalam masjid yg sangat indah ni..walau takleh bawak kamera masuk,mama tetap gak bawak..(degilkan...biasa la kalau takde kamera takde kenangan pulak...heheh)

dalam masjid yg mendamaikan jiwa..

Bila dah siap solat subuh tu,papa sempat la ziarah ke makam rasulullah dan Raudhah..mama pulak,tak dapat peluang sebab orang terlalu ramai..next time kalau ade peluang g sini lagi mmg mama nak sgt ziarah Makam Rasulullah n Raudhah tu..Ya Allah perkenankan permintaan hambaMu ini Ya Allah...

Bila papa dah keluar,kami berjalan2 sekitar masjid..sempatlah melihat2 pelbagai ragam jenis manusia..yg datang secara berkumpulan,yg solo2 pun ade mcm kami..tapi tetap dgn niat yg satu..Beribadah di tempat paling suci dan mulia bagi umat Islam...

sekitar dalam perkarangan luar masjid

kat luar perkarangan masjid tu,ade makam sahabat2 dan kaum keluarga rasulullah..hanya utk org lelaki je..tanya la papa kalau2 die nak g tengok..tapi papa cakap mase 1st time dia g dah masuk dalam tu..takde apa la..cuma kawasan makam..lagipun orang ramai sgt2..sampai berasak2...kat sebelah makam tu..ade gak deretan kedai jual macam2 barang mcm tasbih,buku2,barnag kenangan utk dibawa balik tanahair masing2...

makam keluarga n sahabat2 Rasulullah..

deretan kedai..macam2 ade..


Madinah~hotel kami


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..semasa di madinah kami menginap di Hotel Madinah Movenpick yg mama dah siap2 booking sebelum pergi lagi...agak jauh gak sebenarnya utk ke masjid nabawi berbanding hotel2 yg betul2 sebelah masjid..tapi kire ok la..kan bagus kalau berjalan jauh utk ke masjid..setiap langkah tu dikira sebagai pahala..kan..kan..

sampai2 ke madinah kami terus check in..sebab nak berkejar ke masjid pulak utk solat Isyak jemaah..

hotel kami..suasana malam n siang hari..

dalam bilik hotel kami..

siap2 nak ke masjid nabawi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...