CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

~umrah syawal-ziarah mekah~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..kali ni ke mekah berkesempatan berziarah tempat2 sejarah dan tempat utk melakukan ibadah haji nanti...charted teksi SR100 dari hotel kami Al Safwa..bagi kami mmg berbaloi,sbb kalau nak drive sendiri mmg risau tak sampai jek..heheh..antara yg berkesempatan dilawati adalah Jabal Nur..kat dalam tu ada gua Hira' yg berlokasi di timur laut masjidilharam di jalan Thaif..tingginya 280m dari sekitarnya dan puncaknya menyerupai bonggol unta.luasnya mencapai 5km persegi.dahulunya Rasulullah sebelum turunnya wahyu biasa mendatangi gua hira' utk beriktikaf dan beribadah..dan turunnya wahyu pertama pun di sini..Tapi kami tak dapat nak masuk dalam pun..dapat tengok dari luar je..jauh pulak tu...:(

jabal Nur yg ada Gua Hira' di dalamnya..

Lepas tu bergerak ke tempat2 utk melakukan ibadah haji nanti..otw tu lalu kawasan perkuburan yg dikenali sbg Ma'la..iaitu sebuah pusat pemakaman bagi penduduk mekah sejak zaman nabi lagi..terletak di daerah Hajon utara masjidilharam,berjarak 700m darinya..luasnya mencapai 100,000m persegi..antar yg dimakamkan di sini adalah Siti Khadijah,Abdullah Bin Zubair dan ibunya..dll..selain Ma'la ni pemakaman lain yg terkenal adalah Adl dan Syara-i


Ma'la-sebuah pusat pemakaman penduduk mekah

Tempat pertama utk ibadah haji yg kami lawati adalah Jamarat..iaitu nama utk tempat berkumpulnya batu yg digunakan untuk melempar..asal disyariatkan melempar jamarat adalah kembali nabi Ibrahim ketika dia mendatangi tempat2 utk berhaji,syaitan menghadangnya di Jamratul Aqabah,maka nabi Ibrahim melemparinya dengan 7 kerikil hingga dia masuk ke dalam tanah..kemudian syaitan menghadangnya kembali di jamrah kedua maka dilepmarnya lagi dengan 7 kerikil seterusnya dihalangi lagi di jamrah ke3 dan dilempari lagi 7 kerikil oleh nabi Ibrahim sehingga syaitan tadi masuk kedalam tanah..dan sebab itu jemaah haji di wajibkan utk melakukan jamrah dalam ibadah haji..dulunya kawasan jamrah ni sempit tetapi sekarang dah di luaskan dengan projek pembangunan 2 terowong di bawah dan empat lantai,dilengkapi dengan emergency tower yg ada balai2 perubatan dan pusat2 penyelamat..ditambah dengan beberapa helipad.setiap lantai mampu menampung 125ribu jemaah haji dalam satu2 masa..maka dalam satu2 masa seramai 500ribu jemaah haji boleh melakukan ibadah jamrah serentak..

Jamarat

Lepas tu kami melalui kawasan khemah yg banyak..Al Muna @ Mina..terletak ke arah timur masjidilharam dengan jarak 4km..luasnya lebih kurang 6.35km persegi.Para jemaah haji akan bermabit (bermalam) di sana pada malam kesembilan Zulhijjah sebelum bergerak ke arafah..

Mina

lepas tu melalui tanah datar dan lapang yg dikelilingi oleh bukit2 bentuk busur yg dikenali sebagai arafah..berjarak 18km dari masjidilharam.Para jemaah haji berwuquf di tempat ini pada 9zulhijjah dan melaksanakan solat zuhur dan asar jama' Qasar..kemudian berdoa kepada Allah sehingga tenggelamnya matahari dan kemudian bergerak ke Muzdalifah..

Arafah utk ber wuquf haji

Muzdalifah pulak tempat diperintahkan jemaah haji untuk berhenti dan bermalam selepas bertolak dari arafah..sekarang ni ada train dari arafah tu..nampak besar dan canggih..rasa musim haji ni dah boleh guna..cepatlah sikit sampai kot berbanding berjalan kaki..:D

Muzdalifah

dalam perjalanan nak ke jabal Rahmah..nampak tembok yg ada disebaliknya mata air tawar yg telah dibangunkan oleh Zubaidah isteri khalifah Harun Ar Rasyid pada tahun 174H/791m..air mata ini bersumber dari lembah Nu'man dengan jarak 36km dari masjidilharam,di jalan Thaif kemudian melewati Arafat,Muzdalifah dan Mina.kemudian turun ke mekah..

tembok di bawahnya ada mata air Zubaidah..

Dan tempat terakhir yg sempat kami lawati adalah Jabal rahmah..iaitu bukit kecil di bahagian timur Arafah..tingginya mencapai 65meter berjarak 1.5km dari masjid Namirah dan dibawah kaki gunung ada bebatuan besar..kat sini yg best ada unta yg berhias cantik..anak2 mama mmg suke banget ngan unta ni,lagi2 si ayep..tapi suh naik takmo pulak..kakak je yg berani naik..pusing2 sekitar kawasan lapang depan tu kene SR5..ok jelah..

jabal Rahmah

kakak je yg berani naik unta kat sini..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...