CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

~Open house KRMJ 2011~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Salam semua...walau dah berada di penghujung syawal..(ke syawal dah abis ye??...)..kemeriahan raya tetap terasa..arini berlangsungnya open house KRMJ..meriah sgt2...start pukul 10 sampai kul 400ptg...oleh sebab papa keje malam..so,bg papa 'cas' dulu baru gerak ke sana..kebetulan mama n jiran compound bertugas utk menggoreng ayam..ade la dalam 25ekor..kira sorang 4-6 ekor la sorang kene goreng..jadi mama melenggang kangkung je pegi..tak bawak apa2 pun sbb cik elly dah bawak semua ayam2 yg telah digoreng tu (cik elly g lagi awal sikit dr kami..)

Bila papa dah ready buka mata...kami pun bertolak ke Ibn Zhar beach camp bersama ngan cik ieda shah n co..(cikmat keje pagi,tu cik ieda tumpang kami)..sampai2 tu dah ramai la yg datang..ok pusing bersalam mcm tak abis rasa..hepi dapat jumpa kengkawan..ade yg dah biasa jumpa..yg baru jumpa..yg baru sekali jumpa..tp yg pasti walaupun kemesraan yg wujud mcm dah kenal lama n mcm selalu jumpa..inilah kami bile dapat bersama...mmg serasi....:)

Menu yg tersedia mmg2 la menyelerakan.lagi2 bg kami yg mmg lapa2 sbb dah tengahari waktu lunch kan..ada nasi minyak+pajeri nenas+ayam goreng+ayam msk merah+dalca+sambal belacan+ulaman..mcm2 lagi la...selain tu ada gak nasi impit+kuah kacang,lemang,laksa,bubur lambuk,roti jala,bermacam jenis kuih dan kek..sampai tak tahu nak makan apa..satay pun ade gak...kuih raya pun ada gak...makanan mmg meriah la...

macam2 makanan ada..

ayep layan makan satay

Kebetulan lepas siap2 makan tu..ada acara agihan duit raya utk kanak2..kira rezeki anak2 yg datang la utk arini..terima kasih kepada yg memberi....kegembiraan jelas terlihat di wajah kanak2 yg dapat 'sampul ijo' tu..heheh..

amik turn nak dapat sampul ijo..

Sebenarnya bile ade event2 besar camni..bukan acara makan yg jadi keutamaan..tp acara posing mosing n beramah mesra lagi penting...sana sini masing2 dok pegang kamera,hp dan yg DSLR pun ada...gambar utk dijadikan kenangan ketika berada di bumi berpasir ni..:DD

suasana meriah...

posink time!!

mama n the gang..

Sebenarnya kalau ikut mama balik lagi awal sbb papa nak sambung tido lagi,malam ni keje lagi kan...tapi cik liyn telah meng'offer'kan diri utk hantar mama balik nanti..so,dapatlah stay lama sikit..puas gak la berbual n bergebang2 ngan kawan2 yg jarang2 dapat jumpa ni...dalam kul 3 kami beransur pulang..Alhamdulillah..perut kenyang..hati gembira dapat jumpa kawan2...antara kenangan terindah mama di bumi Jubail ni..:))

anak2 yg tido keletihan dalam kete..

Wednesday, September 28, 2011

~umrah syawal-ziarah mekah~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..kali ni ke mekah berkesempatan berziarah tempat2 sejarah dan tempat utk melakukan ibadah haji nanti...charted teksi SR100 dari hotel kami Al Safwa..bagi kami mmg berbaloi,sbb kalau nak drive sendiri mmg risau tak sampai jek..heheh..antara yg berkesempatan dilawati adalah Jabal Nur..kat dalam tu ada gua Hira' yg berlokasi di timur laut masjidilharam di jalan Thaif..tingginya 280m dari sekitarnya dan puncaknya menyerupai bonggol unta.luasnya mencapai 5km persegi.dahulunya Rasulullah sebelum turunnya wahyu biasa mendatangi gua hira' utk beriktikaf dan beribadah..dan turunnya wahyu pertama pun di sini..Tapi kami tak dapat nak masuk dalam pun..dapat tengok dari luar je..jauh pulak tu...:(

jabal Nur yg ada Gua Hira' di dalamnya..

Lepas tu bergerak ke tempat2 utk melakukan ibadah haji nanti..otw tu lalu kawasan perkuburan yg dikenali sbg Ma'la..iaitu sebuah pusat pemakaman bagi penduduk mekah sejak zaman nabi lagi..terletak di daerah Hajon utara masjidilharam,berjarak 700m darinya..luasnya mencapai 100,000m persegi..antar yg dimakamkan di sini adalah Siti Khadijah,Abdullah Bin Zubair dan ibunya..dll..selain Ma'la ni pemakaman lain yg terkenal adalah Adl dan Syara-i


Ma'la-sebuah pusat pemakaman penduduk mekah

Tempat pertama utk ibadah haji yg kami lawati adalah Jamarat..iaitu nama utk tempat berkumpulnya batu yg digunakan untuk melempar..asal disyariatkan melempar jamarat adalah kembali nabi Ibrahim ketika dia mendatangi tempat2 utk berhaji,syaitan menghadangnya di Jamratul Aqabah,maka nabi Ibrahim melemparinya dengan 7 kerikil hingga dia masuk ke dalam tanah..kemudian syaitan menghadangnya kembali di jamrah kedua maka dilepmarnya lagi dengan 7 kerikil seterusnya dihalangi lagi di jamrah ke3 dan dilempari lagi 7 kerikil oleh nabi Ibrahim sehingga syaitan tadi masuk kedalam tanah..dan sebab itu jemaah haji di wajibkan utk melakukan jamrah dalam ibadah haji..dulunya kawasan jamrah ni sempit tetapi sekarang dah di luaskan dengan projek pembangunan 2 terowong di bawah dan empat lantai,dilengkapi dengan emergency tower yg ada balai2 perubatan dan pusat2 penyelamat..ditambah dengan beberapa helipad.setiap lantai mampu menampung 125ribu jemaah haji dalam satu2 masa..maka dalam satu2 masa seramai 500ribu jemaah haji boleh melakukan ibadah jamrah serentak..

Jamarat

Lepas tu kami melalui kawasan khemah yg banyak..Al Muna @ Mina..terletak ke arah timur masjidilharam dengan jarak 4km..luasnya lebih kurang 6.35km persegi.Para jemaah haji akan bermabit (bermalam) di sana pada malam kesembilan Zulhijjah sebelum bergerak ke arafah..

Mina

lepas tu melalui tanah datar dan lapang yg dikelilingi oleh bukit2 bentuk busur yg dikenali sebagai arafah..berjarak 18km dari masjidilharam.Para jemaah haji berwuquf di tempat ini pada 9zulhijjah dan melaksanakan solat zuhur dan asar jama' Qasar..kemudian berdoa kepada Allah sehingga tenggelamnya matahari dan kemudian bergerak ke Muzdalifah..

Arafah utk ber wuquf haji

Muzdalifah pulak tempat diperintahkan jemaah haji untuk berhenti dan bermalam selepas bertolak dari arafah..sekarang ni ada train dari arafah tu..nampak besar dan canggih..rasa musim haji ni dah boleh guna..cepatlah sikit sampai kot berbanding berjalan kaki..:D

Muzdalifah

dalam perjalanan nak ke jabal Rahmah..nampak tembok yg ada disebaliknya mata air tawar yg telah dibangunkan oleh Zubaidah isteri khalifah Harun Ar Rasyid pada tahun 174H/791m..air mata ini bersumber dari lembah Nu'man dengan jarak 36km dari masjidilharam,di jalan Thaif kemudian melewati Arafat,Muzdalifah dan Mina.kemudian turun ke mekah..

tembok di bawahnya ada mata air Zubaidah..

Dan tempat terakhir yg sempat kami lawati adalah Jabal rahmah..iaitu bukit kecil di bahagian timur Arafah..tingginya mencapai 65meter berjarak 1.5km dari masjid Namirah dan dibawah kaki gunung ada bebatuan besar..kat sini yg best ada unta yg berhias cantik..anak2 mama mmg suke banget ngan unta ni,lagi2 si ayep..tapi suh naik takmo pulak..kakak je yg berani naik..pusing2 sekitar kawasan lapang depan tu kene SR5..ok jelah..

jabal Rahmah

kakak je yg berani naik unta kat sini..:))

Tuesday, September 27, 2011

umrah syawal~siang di masjidilharam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua...pagi tu lepas buat tawaf sunat kami stay kat masjid utk tunggu waktu solat zuhur sekali..request dari kakak nak solat kat level 2..yelah 1st dulu stay kat tingkat bawah dr asar sampai isyak..sampai tertido2 lagi..so kali ni nak rasa solat kat atas pulak la...masa naik tu rasa semacam je..bile ruang solat atas tu kosong takde orang...takut gak tak boleh solat kat situ..tapi sebenarnya boleh je..cuma mmg orang takde kan..pas solat zuhur tu..kami balik bilik dulu utk berehat dan lunch kat d'Saji..

anak2 berehat lepas buat tawaf sunat

tunggu papa kucup hajar aswad

masih mampu tersenyum biar basah lencun berpeluh lepas siap tawaf

view kaabah dr tingkat 2 waktu siang

budak yg suke memanjat..alasan..'kalau tak panjat ain tak nampak..;))'

mujahid kecik mama ikut papa solat..

tunggu azan zuhur

ruang solat yg kosong..langsung takde jemaah..

Bila dah balik bilik tu..papa n ayep je yg tido,mama rasa nak buat tawaf sunat lagi...minta izin ngan papa,dia izinkan. dan janji nak jumpa kat masjid waktu asar nanti..'kat bawah lampu ijo'...Alhamdulillah sepanjang kat sini dapat buat 2x tawaf sunat dan sekali tawaf widaq...Syukurlah segalanya dipermudahkan Allah...dan sebelum asar mama dapat selesaikan tawaf sunat dan tunggu papa n anak2 kat bawah lampu ijo tu..dekat2 nak azan derang pun sampai...lepas solat asar..kelihatan 7 keranda di bawa masuk ke kawasan hadapan kaabah utk di sembahyangkan..kira 1st time mama solat mayat ada mayat dihadapan..selalu tu cuma solat je mayatnya takde...dekat2 nak balik tu ada pulak sorang peminat ain dr Riyadh nak amik gamba ..mama layan je la...nilah peluang nak amik gamba minah arab pakai niqab..heheh..pastu papa g bawak ayep botak n mama bawak kakak2 salin tudung sbb pasni nak g soping pulak...ngeheh..

peminat ain dr Riyadh

Ingatkan pagi tu masa solat subuh adalah solat terakhir kami kat masjidilharam ni,sbb kami nak check out awal nak g ziarah sekitar mekah ni..rupanya sempat lagi solat zuhur utk kali terakhir di masjidiharam..suke3...memandangkan habis melawat2 tu..zuhur tak masuk lagi..so kami decide utk naik cab g masjid semula dr tempat kami parking kete..kami masuk ikut pintu marwah..

tunggu azan zuhur

jalan ikut laluan saie untuk masuk masjid

batman nak balik dah..

tggu teksi nak pegi tempat parking kete


Monday, September 26, 2011

umrah syawal~malam di masjidilharam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua...Alhamdulillah..setiap waktu solat dapat solat di masjid bersama2 anak2..(kecuali subuh..cuma ayep yg ikut..kakak2 masih dok berselimut tido..tak larat nak berdukung)..malam ke-2 kami terlewat sikit masa solat maghrib sampai2 dah iqamah..terpaksalah solat kat dataran masjid jek..pas siap solat maghrib terus tuju ke tingkat 2..nak tgok view orang bertawaf dari sini pulak...sungguh syahdu..melihat ratusan manusia sekata dalam melakukan pusingan tawaf..semuanya bergerak dalam arah yg sama...takde yg menyongsang arus..sungguh indah Islam itu..Subhanallah...

satu2nya gambar kenangan berlima di mekah..

view orang bertawaf dari tingkat 2 selepas solat maghrib

Sepanjang menunggu waktu isyak..mama n papa bergilir melakukan solat2 sunat..yelah mmg anak2 dah besar..kakak boleh tengokkan adik2 tapi rasa tak konfiden sgt la..ayep skg dah berani..kejap2 lari g tempat air zamzam..kalau tak di tengok mahu boleh hilang..antara insiden yg best sepanjang tggu solat isyak tu..bile ade 3 orang pak arab dok melayan ayep n ain..siap amik video gelagat derang b2 ni..si ayep punye berani siap duduk kat pangku pak arab tgok video dia kat dalam hp pak arab tu..tak sangka pulak peramah hero mama ni dgn orang asing...si ain pulak siap kene gomol ngan pak arab tu..gelak2 je..
peminat ayep n ain..suke la budak gediksss 2 orang tu..

ain kene gomol ngan pak arab

elok je ayep dok kat pangku pak arab tgok video muka dia

Yang paling aktif malam tu ain n ayep la..kakak dah mula slow sbb ngantuk..yang mama agak geram kat ain ni..siap panjat2 nak tgok bawah..isk..isk..dah macam beruang koala je..nak marah2 tak elok dalam masjid..pendamkan aje la..tapi akhirnya kene gak marah ngan mama bile masa mama solat pun masih dok panjat2..siap kacau ayep...mama tak marah mana pun..cuma cakap kat ain.."main panjat2 lagi..pasni ain takyah ikut mama balik..gi ikut pak arab tadi balik je.."..sbb dalam hati ada kolam,terus nangis...dekat nak banjir masjid malam tu...hahahah

kakak yg melentok ngantuk..manja ngan papa..

sengih si hero mama

tunggu waktu Isyak..

ruang solat yg lengang..tak ramai jemaah..

dah macam beruang koala dok panjat2..rasa nak cubit jek..hish..

akhirnya..nangis bila kene marah ngan mama..:((

umrah syawal~sopink time..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..baru2 ni kan ayep kene athma semula..so,ramai yg cadangkan carik hati unta kat mekah ni..bukan kat jubail ni takde..cuma ada yg kata hati unta yg dah dikeringkan tu ada 'ayat2 Quran' yg lebih afdal dijadikan ubat..Wallahualam...so,kali ni pergi mekah sempat gak la spend masa utk carik hati unta tu area deret kedai yg ada jual mcm2 barang..tapi sayang,hati unta tu takde..kata org yg jual tu..tggu musim haji nanti baru ada..harap2 papa boleh dapatkan masa musim haji nanti..

Memanglah tujuan utama ke mekah ni bukan utk bersoping pun..tapi memandangkan dah sampai sini..dan maybe ni last time kami datang sebelum mama balik mesia nanti..teringatkan family n kawan2 kat mesia tu rasa nak bg gak brg kenangan dr sini..lagi satu,Insyaallah papa akan mengerjakan haji tahun ni..so,kunun2nya balik mesia nanti cam gak jemaah2 haji yg mmg datang dr mesia tu..bawak gak la souvenir utk kenangan org2 di mesia..heheh

Takde ape pun yg di sopingkan..just,tasbih2..baju kaftan utk lelaki & budak,minyak habbatussauda dan pelbagai gelang utk yg pompuan..tapi tu pun dah banyak SR yg kuar..sampai penuh stroller..heheh..

papa tgh pilih tasbih..

anak2 sedia menunggu

akhirnya dapat upah makan aiskrim..suke3..

umrah syawal~burung2 yg jinak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..dari kali pertama g umrah yg lepas antara benda yg menarik perhatian anak2 adalah burung2 yg jinak yg banyak sgt2...memandangkan kali ni,banyak sikit masa nak bersantai2..so,ada la peluang derang ni main2 ngan burung2 tu..

main ngan burung2 di awal pagi

Awal pagi tu mama terPAKSA keluar carik selipar baru sebab selipar mama hilang kat masjid malam tadi pas buat Ibadah umrah...(isk kat masjid pun nak curik ke??..)..tapi syukurlah mama dapat bersabar dan tak marah2..sib baik la hotel dekat je..terpaksalah mama pakai stokin je sampai hotel..:DD..pagi tu mama keluar ngan ayep n ain je..sbb kakak masih tido..lagipun mmg sengaja taknak kejut kakak sbb mama nak pinjam sandal kakak nak g cari selipar baru mama..(muat tau,cuma ade lebih jari terjulur sikit la ke depan..heheh)..papa kata ade kedai area safwah tower ni..tapi sebab masih awal lagi,so takde la kedai yg bukak..so,mama pun bergerak jauh sikit..menghala ke kawasan kedai2 yg lalu bawah flyover..rupanya byk kedai2 utk soping brg2 souvenir..(siap la petang ni mama bawak papa g sini..)..Alhamdulillah tak susuh carik selipar mama tu..beli yg simple..janji boleh pakai je..siap beli2 tu terus balik hotel sbb plan nak buat tawaf sunat pagi ni..takleh lewat2 nanti hari makin panasss..

kawan 'baik' yg jadi bodyguard mama..

Oleh sebab pagi tu kakak tak ikut,hanya dengar cite dr ain yg qaypoh tu..so,ptg tu sekali lagi kami ke area tempat burung yg banyak tu..(sambil nak g soping sebenarnya..)..mmg suka sgt2 derang berkejaran dengan burung yg banyak tu..

burung2 yg jinak..

gembira n hepi bersama burung2..

umrah syawal~menu makanan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..kita tinggalkan cite2 sedih pasal dugaan sepanjang umrah kami tu..kite makan dulu!!!..hehehe..ok la sepanjang 2 hari n bermusafir ni..takde masalah langsung utk dapatkan makanan yg sedap2..sebabnya..kat mekah la yg ada restoren Malaysia satu2 nya..yg kat Malaysia kitchen,Khobar tu masakan malaysia 'palsu'..tak aci kan..heheh

Oleh sebab pagi tu awal2 dah kuar umah..so,mama dah preparekan sarapan utk we oll makan OTW nanti..mama buat sosej roll n spageti bolognese..yg sosej roll tu abis makan dalam kete je..dan satu lagi cik ieda shah ade gak bagi kek cokelat peberet kakak2..selain tu mama bawak gak biskut2,kekacang dan air pelbagai perisa utk bekalan..(jus n air susu). kami tak berenti makan kat R&R dan hanya duduk dalam kete sbb takde tempat nak lepaking..pastu teruskan perjalanan sampai lah Thaif baru beli makanan..kira lunch+dinner sekali..menunya khabsa ayam..

khabsa ayam utk lunch+dinner

Lepas setel ibadah umrah..singgah kat food court tingkat 2 Al Safwa tower ni..sib baik ada kedai yg bukak lagi..papa beli set beger,swamarma dan ayam BBQ yang nak dimakan ngan belen nasi khabsa tadi..(pic tak sempat nak amik sbb kelaparan n kepenatan)

Utk breakfast pagi tu pulak..papa beli roti canai,roti telur dan nasi lemak..tapau makan dalam bilik je sbb anak2 tak bangun lagi (tinggal kakak2 yg tido sementara kami g mesjid solat subuh)

Tengahari tu kami makan nasi kat D'saji..sup daging+ayam bakar n asam pedas ikan kembung..Alhamdulillah..kenyang..

Dinner malam tu,terasa nak makan mee goreng pulak...yelah sejak2 dok cni payah nak jumpa mee goreng ni..nak jumpa mee kuning pun payah..kalau ada kene oder..kalau dah teringin sgt2 terpaksalah makan spageti goreng jek..:DD

mee goreng mamak

megi goreng utk kakak2..

Sarapan hari ke2..tetap nak makan makanan mesia..roti canai again..n nasi goreng kampung..tak lupa teh tarik yg mabeless..

Roti canai mekah @ D'saji..

nasi goreng kampung

Tengahari tu kami decide taknak makan nasi kenyang2 sgt..pengalaman yg lepas..bile makan kenyang sgt,otw tu jadik pening n semua makanan nak terkeluar balik..so,beli donut n pelbagai roti utk alas perut..sedap n lembut donut2 kat House of donut ni..roti dia pun sedap gak..

macam2 ada..

kopi utk papa yg nak drive..

Otw tu masing2 tak rasa lapar mana pun..sbb mulut dok mengunyah kacang,snack,biskut...dan kalau dah letih..tidozzzzz..so,takde la plan nak berenti makan pun..bile singgah berenti utk solat maghrib..ade tempat makan,yg jual sandwich2 jek...so,kami beli je sandwich utk dinner malam tu..kat kedai Bufiah..

utk dinner..makan sandwich jek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...