Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.
Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dari Mesir.
Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.
Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.
Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.
Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah.
Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.
Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa.
Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Bab As-Safa.
Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.
Antara yg terdapat dalam masjidilharam selain Kaabah ialah:
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".
Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.
Telaga Zam Zam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi
Ya Allah...seronoknya dapat buat umrah sekeluarga. Semoga dipermudahkan niat untuk menunaikan haji pulak lepas ni. Doakan tuk shiela sekeluarga jugak eh zan?...teringin juga nak jejakkan kaki ketanah suci. AMIN yarabbal alamin.
ReplyDelete