CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 25, 2011

umrah syawal~dugaan dan hikmah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..mama nak sambung semula cite yg aritu mama taip bukan main panjang lebar pastu tak tersave la pulak..pasal dugaan sebelum..semasa dan dalam perjalanan balik...ujian dan dugaan ni bukan lah kami anggap sebagai bala atau hukuman tetapi sebagai tanda yg Allah sayangkan kami dan utk melihat sejauhmana penerimaan kami apabila menjadi antara insan bertuah di uji olehNya..Mudah2han kami menjadi hamba yg bersyukur dan sentiasa bersabar dgn ujianNya..Insyaallah..

  • Tukar jadual bertolak secara mendadak - perkara ni terjadi bila tetiba papa di tukarkan shift sbb nak cover orang yg tak cukup..plan awal nak pergi 21hb nanti..tp bila dah masuk shift lain..offday 3hari jatuh pada 17hb..so,ada lebih kurang seminggu je lagi nak prepare semua..termasuklah booking hotel,sewa kereta,kelengkapan harian..etc..syukurlah walaupun plan secara mendadak semuanya dapat dibereskan...siap dapat geng konvoi lagi,bila cik mat shah jiran compound nak ikut sama..dan antara hikmah yg paling besar bila tukar tarikh ni..rupanya 'offday' mama nak datang awal..biasanya datang dalam 25hb keatas..tetiba bulan ni 23hb dah mai..maknanya kalau 21hb baru pergi masa kat mekah tu mama dah 'offday'..sure rasa rugi tak dapat nak beribadah kat masjidilharam..:))
Ayep dah sihat..boleh sambung plan ke mekah..yahoo!!
  • Dugaan anak2 tak sihat pun buat mama rasa nak cancel je plan umrah kali ni..yelah bayangkan nak lalui perjalanan 12jam lebih dgn anak tak sihat mesti mengundang banyak masalah..(yg kita jangkakan la..) rupanya..tidak sama sekali...2hari sebelum tarikh yg di plan tu..ayep batuk,sesak nafas dan muntah2 sampai tak daya nak bangun..sehari tu kerjanya batuk..pastu muntah..dah penat dia tido...sampai terpaksa amik inhaler sbb nafas ayep dah mula semput..bila papa call dr opis mmg mama cakap kalau ayep still mcm ni sampai esok..kita cancel je la...tapi dalam hati doa byk2 mudah2han keajaiban berlaku..ayep sihat dan aktif mcm biasa..Alhamdulillah..Allah makbulkan doa mama..bile maghrib waktu papa balik..dia boleh bangun dan sambut papa balik..syukur sgt2..pastu dia terus sihat..siap mintak makan sup lagi..jadi plan utk umrah dapat diteruskan..
Hotel penginapan kami selama 2 malam
  • dah pergi pun mendadak..so,takdelah plan nak booking hotel..takut tak jadik..rugi jek booking tp kene cancel..tapi syukurlah..akhirnya kami dapat stay kat hotel paling dekat dgn MH..mudah utk ulang alik solat 5 waktu..dan utk anak2 tak letih nak jalan...thanks to cik mat shah n papa yg dapatkan tempat selesa utk kami sepanjang di mekah..
  • Al Safwah Hotel..yg hampir sgt2 dengan masjidilharam
tayar kete pecah OTW balik
  • Dugaan paling besar yg kami hadapi ialah bila tayar kereta pecah dan belting putus dalam perjalanan balik..tak pasal2 kami camping awal pagi di tepi padang pasir..huhuh..tapi Alhamdulillah..ada jalan penyelesainya..memula masa tayar kete pecah..sib baik la takde kenderaan kat depan kami,dan kereta cik mat berada kat belakang..so,bile dah nampak kete terhuyung hayang tu terus la kami semua ke tepi..mmg rabak habis tayar kete tu..mujur la kami semua selamat..sesi menukar tayar selesai tak sampai pun setengah jam sbb peralatan semua cukup...bila dah setel semua..kami pun bergerak memulakan perjalanan yg tergendala..tetiba.....alamak nape aircond tak sejuk ni??..pastu ade bunyi pelik kat engine depan...dan lambang spanar kat tempat meter tu pun menyala2 menandakan ada yg tak kene pd kete kami..berhenti lagi kat tepi...bile check2..tgok2 belting putus...Ya Allah sayangnya Engkau pd HambaMu ini..satu2 ujian ko turunkan..dan terpaksalah kami menyambung piknik sementara tggu towing datang..tengah melepak2 tu tetiba sheriff datang..dan tya kenapa..dan sheriff gak la yg tolong call towing..dalam 15minit towing sampai..mama,ain n ayep tumpang cik mat balik..sementara papa n kakak naik towing utk hantar kete rosak ke bengkel..Alhamdulillah sampai kat umah dalam kul 4.30pg..dan papa pulak dalam kul 6pg sampai umah..Syukurlah,walaupun diuji pelbagai cubaan..segalanya dapat diselesaikan dengan mudah dengan bantuan Allah..Syukran Ya Allah...
  • keadaan tayar yg rabak habis..papa kata tayar dah expired..huhuh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...