CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 22, 2011

umrah syawal~Baitullah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..entry paling eksklusif sekali utk umrah kali ni..mama nak kongsikan pengalaman dan perasaan ketika berpeluang mengucup hajar aswad...Syukur sgt2..antara insan bertuah dapat merasa mengucup hajar aswad dan berada di hadapan multazam (dinding antara hajar aswad dan pintu kaabah)..antara tempat paling mustajab berdoa di masjidilharam..

kaabah

beratur utk mengucup hajar aswad

Mama dapat mengucup hajar aswad 2 kali sepanjang dimekah..iaitu selesai buat tawaf sunat dan tawaf widaq..tak lama mana pun beratur nak amik turn..cuma terkilan tak dapat bawak anak2 sekali..sbb masa tu anak2 berehat kat dalam masjid..nak panggil dah jauh sgt..kali pertama nak mengucup hajar aswad masa buat tawaf sunat tu..masa tu dah rasa excited n berdebar2..kebetulan masa beratur mama berada betul2 kat depan multazam..Ya Allah puas berdoa sampai basah kain telekung ngan deraian air mata..syahdu sgt2..."Ya Allah ampunilah hambaMu ini andai terlalu banyak permintaan yg aku minta..tapi terlalu sedikit amalanku sepanjang hidupku ini"..(memandangkan peluang tak datang selalu,mmg banyak sgt2 yg mama mintak depan multazam ni..termasuklah doa2 yg kawan2 kirim..sampai rase kering tekak berdoa..)..dan mama tau sebab mudahnya perjalanan Ibadah mama kat sini pun atas doa kawan2 jugak..thanks semua...mudah2han doa2 mama dimakbulkan Allah..amin!!!

dinding hijr ismail

pintu kaabah

Multazam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...