CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 1, 2011

~ain potong kuku~


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..arini hari jumaat sunat kite memotong kuku..so,mama pun mengarahkan la anak2 mama potong kuku masing2..yg kakak n ain boleh la potong kuku sendiri..tapi si ayep kene la mama yg potongkan..


gaya ain potong kuku..

husyuknye..


Jom mama nak share tentang info memotong kuku ni..mama dapat dr satu blog yg mama baca..sila la baca ye..

RAHSIA POTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada :

*Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
*Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
*Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
*Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
*Hari Rabu : Nescaya kel
uar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
*Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku juga ada adabnya selain potong mengikut hari, kita juga perlu buang kuku
itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang di ajar. SeELOK-ELOKnya kite buang ke tanah kerana kita juga ada unsur TANAH. Kalau
hendak buang kuku di tong sampah pun boleh tapi seelok-eloknya atau semolek-moleknya kita buang la pada tanah yang merupakan kejadian asal manusia.

Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan dimulakan potong kuku dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu...

Di sini saya sertakan gambar untuk rujukan anda (klik untuk besar kan imej):





1 comment:

  1. Izan, kak norma suka artikel ni. Thank you for sharing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...