CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 6, 2011

~niqab~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


salam semua...sebenarnya kat sini selain berabaya..ladies kene gak pakai niqab (tutup muka)..tapi mcm kami yg malaysian ni esp mama la..jarang la kuar ber'niqab'..biasanya kalau kuar sendiri tanpa asben mmg kene la pakai..lagi2 kalau naik teksi tu..derang ni (lelaki arab) lain sikit perangai..hish...harap2 kami semua sentiasa di lindungi dari perkara2 buruk...

masa kat madinah..

kakak ayu berangan jadi minah arab..

giliran ain pulak..lain sgt bentuk muka 2 badik ni..sorang panjang sorang bulat..heheh

Monday, October 3, 2011

~main2 kat bumbung compound~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..petang semalam anak2 request nak main kat atas (bumbung compound)..cuaca skg yg dah berapa panas dan banyak angin mmg sesuai utk bersantai..heheh..so pas asar,dalam pukul 4ptg..naiklah 3 orang dengan seragam spongebob ke atas..kebetulan semua tak bp avaiable petang tu..nuhin,adam n kakak2 nak g mengaji..so,derang b3 jelah konker main...memula kakak2 layan kejar bola..ayep pulak pinjam beskal pink Raudhah..pastu ain pulak naik beskal syasya....sampai dekat maghrib baru kami turun..puas la gak derang dok main2 sepetang ni..:))

ain ready nak tendang bola

main pasing2 bola je..

pinjam beskal anak jiran..

cepat2..sapa sampai dulu dia menang...

kakak yg kepenatan..

Sunday, October 2, 2011

~fanateer mall pulak~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



fanateer mall

salam semua..yea..yea..arini kuar lagi..sbb esok papa dah start keje utk 10 ari akan datang..so,plan nak kuar bawak anak2 jalan2...mula ke bandar jubail dulu sbb nak beli simcard baru utk mama guna waktu papa ke mekah nanti..(skg ni guna no mesia yg roaming..payah nak call)..dah setel,terus hala ke huwaylat sekali lagi..sbb urusan semalam tak setel..pastu terus tuju ke fanateer mall..nak cari barang mama pulak..

lepak2 kat dalam fanateer mall

memandangkan waktu maghrib nak masuk..kami plan nak lepak kat M'd sbb kat dalam tu ade playground utk anak2..selesa berbanding yg outdoor tu..tak berpasir dan beraircond lagi..nasib sempat nak beli makanan sebelum kaunter tutup..sementara papa gi solat..anak2 makan n main dgn gumbiranya...

kakak suke dapat makan M'D

papa layan anak2 makan M'D

Bile dah siap makan..n papa pun dah siap solat kami pun mencarik 'barang mama' tu..bile dah dapat terus gerak balik..sbb papa kene tido awal..sok pagi dah keje...

~hoyee papa dah offday~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..wah bestnya kali ni,papa baru keje 3 hari dah off sbb dah masuk shift papa balik. keje asik nak bejalan je kalau papa off ni..alasan konon boring dok memerap dalam umah..lagi satu kesian kat anak2..taktik baik punye...muahaha..

nak gi mana ye??rasa tak jauh mana la..sbb papa cuma off utk sehari setengah je ka..so,decide nak ke huwaylat mall je..sbb ade 'barang baik' nak sambar kat jarir..harap2 ade la..:))..orang punya la ramai..maklumlah hujung bulan,kene pulak arini weekend..mmg semua orang keluar bersoping..sampai nak carik parking mmg susah..nasib kami baik..ada gak la parking walau kene jalan jauh sikit..

jarir huwaylat mall

bila dah dapat ape yg dihajat..kami bergerak ke nakheel beach turn anak2 bersuka ria pulak..mmg amat2 la gumbira mereka ini..(walau depan umah tu ade gak playground) sesekali layan tempat yg besar gini mmg kesukaan la mereka..tak plan nak berpiknik pun..just beli snack,biskut kat Panda n beli air je..punya la beria n berpeluh2 main..habis sebotol air mineral kakak n ain minum..haus betul...

playground nakheel beach waktu malam

lencun tudung ain basah dek peluh..

Bile anak2 dah start boring nak main..kami bergerak balik..tengok jam masih awal lagi,sbb maghrib n isyak masuk awal kan...dan masa pegi tu ada nampak khemah2..dan bila malam nampak lagi meriah..terus rasa nak singgah..walaupun anak2 dah tido kepenatan tetap gak nak jengah ape yg ade di bawah khemah itu..heheh..(sib baik ade 2 stroller..ain n ayep dok tido dalam stroller sampai la balik..)

expo arab

Rupanya ade jualan ala2 expo la kalau kat mesia..mcm2 ade..dari baju,abaya,abaya yg fancy2,aksesori pompuan,baju2 tsirt,minyak wangi,kasut/sandal,kacang2,gula2,rempah2.. sampai bekas2/mould utk kek pun ade gak..kami cuma jalan2 cuci mata jek..takde apa pun nak di beli..tapi akhirnya terbeli gak baju tido sponge bob utk anak2..SR75 utk 3 pasang..kat luar pulak pelbagai karpet di pamer..hish..kalau la nak dok lama sini..mmg tak tak hengat nak beli..cantik2 semua..;))..sebelum balik belikan kakak kentang goreng yg dicucuk ngan lidi panjang tu..SR5 sebatang...

kat depan pintu masuk

suasana kat luar..mcm2 karpet ade..

belon besar yg menyambut kedatangan kami..

Saturday, October 1, 2011

~selamat tinggal botol susu~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam semua..sejak seminggu ni ain dah tak minum susu dalam botol lagi..dah boleh ucap good bye utk botol susu...al kisahnya sebab botol susu dia hilang..taktau tersorok katne..pelik gak carik dah 1 umah mmg tak jumpa...tapi disebalik hikmah takde botol tu..ain dah nak minum dalam cawan..takyah susah2 mama nak training minum dalam cawan,die dah offer diri sendiri.senang la nak sekolah sok,takyah berbotol2 lagi.heheh...kira 2-3 cawan gak la utk sehari..ala2 minum dalam botol dulu gak..tapi kan..ade satu perangai pelik muncul bila dah tak berbotol susu ni...jeng..jeng....



*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*
alamak!!!..nak berputing pulak.:DD

tulah..skg ni kalau nak tido@melalak..terus mintak puting ni..dulunya puting ni die tak suka hisap sbb mcm keras sikit..tu yg tak letak kat botol susu dia..tetiba bile dah tak berbotol ni..die boleh pulak dok geget2 dan cari feel menghisap puting kosong tu sebelum tido..isk..isk..pelik2 je la ko ain...takpe la janji dah takyah minum susu guna botol lagi...mama suke3..heheh


Thursday, September 29, 2011

~Open house KRMJ 2011~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Salam semua...walau dah berada di penghujung syawal..(ke syawal dah abis ye??...)..kemeriahan raya tetap terasa..arini berlangsungnya open house KRMJ..meriah sgt2...start pukul 10 sampai kul 400ptg...oleh sebab papa keje malam..so,bg papa 'cas' dulu baru gerak ke sana..kebetulan mama n jiran compound bertugas utk menggoreng ayam..ade la dalam 25ekor..kira sorang 4-6 ekor la sorang kene goreng..jadi mama melenggang kangkung je pegi..tak bawak apa2 pun sbb cik elly dah bawak semua ayam2 yg telah digoreng tu (cik elly g lagi awal sikit dr kami..)

Bila papa dah ready buka mata...kami pun bertolak ke Ibn Zhar beach camp bersama ngan cik ieda shah n co..(cikmat keje pagi,tu cik ieda tumpang kami)..sampai2 tu dah ramai la yg datang..ok pusing bersalam mcm tak abis rasa..hepi dapat jumpa kengkawan..ade yg dah biasa jumpa..yg baru jumpa..yg baru sekali jumpa..tp yg pasti walaupun kemesraan yg wujud mcm dah kenal lama n mcm selalu jumpa..inilah kami bile dapat bersama...mmg serasi....:)

Menu yg tersedia mmg2 la menyelerakan.lagi2 bg kami yg mmg lapa2 sbb dah tengahari waktu lunch kan..ada nasi minyak+pajeri nenas+ayam goreng+ayam msk merah+dalca+sambal belacan+ulaman..mcm2 lagi la...selain tu ada gak nasi impit+kuah kacang,lemang,laksa,bubur lambuk,roti jala,bermacam jenis kuih dan kek..sampai tak tahu nak makan apa..satay pun ade gak...kuih raya pun ada gak...makanan mmg meriah la...

macam2 makanan ada..

ayep layan makan satay

Kebetulan lepas siap2 makan tu..ada acara agihan duit raya utk kanak2..kira rezeki anak2 yg datang la utk arini..terima kasih kepada yg memberi....kegembiraan jelas terlihat di wajah kanak2 yg dapat 'sampul ijo' tu..heheh..

amik turn nak dapat sampul ijo..

Sebenarnya bile ade event2 besar camni..bukan acara makan yg jadi keutamaan..tp acara posing mosing n beramah mesra lagi penting...sana sini masing2 dok pegang kamera,hp dan yg DSLR pun ada...gambar utk dijadikan kenangan ketika berada di bumi berpasir ni..:DD

suasana meriah...

posink time!!

mama n the gang..

Sebenarnya kalau ikut mama balik lagi awal sbb papa nak sambung tido lagi,malam ni keje lagi kan...tapi cik liyn telah meng'offer'kan diri utk hantar mama balik nanti..so,dapatlah stay lama sikit..puas gak la berbual n bergebang2 ngan kawan2 yg jarang2 dapat jumpa ni...dalam kul 3 kami beransur pulang..Alhamdulillah..perut kenyang..hati gembira dapat jumpa kawan2...antara kenangan terindah mama di bumi Jubail ni..:))

anak2 yg tido keletihan dalam kete..

Wednesday, September 28, 2011

~umrah syawal-ziarah mekah~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam semua..kali ni ke mekah berkesempatan berziarah tempat2 sejarah dan tempat utk melakukan ibadah haji nanti...charted teksi SR100 dari hotel kami Al Safwa..bagi kami mmg berbaloi,sbb kalau nak drive sendiri mmg risau tak sampai jek..heheh..antara yg berkesempatan dilawati adalah Jabal Nur..kat dalam tu ada gua Hira' yg berlokasi di timur laut masjidilharam di jalan Thaif..tingginya 280m dari sekitarnya dan puncaknya menyerupai bonggol unta.luasnya mencapai 5km persegi.dahulunya Rasulullah sebelum turunnya wahyu biasa mendatangi gua hira' utk beriktikaf dan beribadah..dan turunnya wahyu pertama pun di sini..Tapi kami tak dapat nak masuk dalam pun..dapat tengok dari luar je..jauh pulak tu...:(

jabal Nur yg ada Gua Hira' di dalamnya..

Lepas tu bergerak ke tempat2 utk melakukan ibadah haji nanti..otw tu lalu kawasan perkuburan yg dikenali sbg Ma'la..iaitu sebuah pusat pemakaman bagi penduduk mekah sejak zaman nabi lagi..terletak di daerah Hajon utara masjidilharam,berjarak 700m darinya..luasnya mencapai 100,000m persegi..antar yg dimakamkan di sini adalah Siti Khadijah,Abdullah Bin Zubair dan ibunya..dll..selain Ma'la ni pemakaman lain yg terkenal adalah Adl dan Syara-i


Ma'la-sebuah pusat pemakaman penduduk mekah

Tempat pertama utk ibadah haji yg kami lawati adalah Jamarat..iaitu nama utk tempat berkumpulnya batu yg digunakan untuk melempar..asal disyariatkan melempar jamarat adalah kembali nabi Ibrahim ketika dia mendatangi tempat2 utk berhaji,syaitan menghadangnya di Jamratul Aqabah,maka nabi Ibrahim melemparinya dengan 7 kerikil hingga dia masuk ke dalam tanah..kemudian syaitan menghadangnya kembali di jamrah kedua maka dilepmarnya lagi dengan 7 kerikil seterusnya dihalangi lagi di jamrah ke3 dan dilempari lagi 7 kerikil oleh nabi Ibrahim sehingga syaitan tadi masuk kedalam tanah..dan sebab itu jemaah haji di wajibkan utk melakukan jamrah dalam ibadah haji..dulunya kawasan jamrah ni sempit tetapi sekarang dah di luaskan dengan projek pembangunan 2 terowong di bawah dan empat lantai,dilengkapi dengan emergency tower yg ada balai2 perubatan dan pusat2 penyelamat..ditambah dengan beberapa helipad.setiap lantai mampu menampung 125ribu jemaah haji dalam satu2 masa..maka dalam satu2 masa seramai 500ribu jemaah haji boleh melakukan ibadah jamrah serentak..

Jamarat

Lepas tu kami melalui kawasan khemah yg banyak..Al Muna @ Mina..terletak ke arah timur masjidilharam dengan jarak 4km..luasnya lebih kurang 6.35km persegi.Para jemaah haji akan bermabit (bermalam) di sana pada malam kesembilan Zulhijjah sebelum bergerak ke arafah..

Mina

lepas tu melalui tanah datar dan lapang yg dikelilingi oleh bukit2 bentuk busur yg dikenali sebagai arafah..berjarak 18km dari masjidilharam.Para jemaah haji berwuquf di tempat ini pada 9zulhijjah dan melaksanakan solat zuhur dan asar jama' Qasar..kemudian berdoa kepada Allah sehingga tenggelamnya matahari dan kemudian bergerak ke Muzdalifah..

Arafah utk ber wuquf haji

Muzdalifah pulak tempat diperintahkan jemaah haji untuk berhenti dan bermalam selepas bertolak dari arafah..sekarang ni ada train dari arafah tu..nampak besar dan canggih..rasa musim haji ni dah boleh guna..cepatlah sikit sampai kot berbanding berjalan kaki..:D

Muzdalifah

dalam perjalanan nak ke jabal Rahmah..nampak tembok yg ada disebaliknya mata air tawar yg telah dibangunkan oleh Zubaidah isteri khalifah Harun Ar Rasyid pada tahun 174H/791m..air mata ini bersumber dari lembah Nu'man dengan jarak 36km dari masjidilharam,di jalan Thaif kemudian melewati Arafat,Muzdalifah dan Mina.kemudian turun ke mekah..

tembok di bawahnya ada mata air Zubaidah..

Dan tempat terakhir yg sempat kami lawati adalah Jabal rahmah..iaitu bukit kecil di bahagian timur Arafah..tingginya mencapai 65meter berjarak 1.5km dari masjid Namirah dan dibawah kaki gunung ada bebatuan besar..kat sini yg best ada unta yg berhias cantik..anak2 mama mmg suke banget ngan unta ni,lagi2 si ayep..tapi suh naik takmo pulak..kakak je yg berani naik..pusing2 sekitar kawasan lapang depan tu kene SR5..ok jelah..

jabal Rahmah

kakak je yg berani naik unta kat sini..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...